Download Film, MP3, Sofware, Ebook, Gratis, Cerita Lucu,/h1>

SELAMAT DATANG DI BLOG SEDERHANA INI. BLOG INI TEMPAT CURHAT YANG KREATIF, IMAJINATIF, SEKALIGUS INOVATIF. FUNGSINYA BISA MACAM-MACAM. TERUTAMA SEKALI ADALAH SEBAGAI MEDIA UNTUK BELAJAR. BELAJAR MENULIS, BELAJAR UNTUK PEKA. PEKA PADA DIRI DAN SEKITAR KITA. PUNYA KRITIK DAN SARAN, SILAKAN KIRIM VIA EMAIL KE: banggaheriyanto@gmail.com

Sunday, 24 July 2011

Pengertian dan Keutamaan Ramadan


Ramadan dan Syawal merupakan dua nama bulan dari nama bulan-bulan Islam lainnya. Ramadan dan syawal dimuliakan karena keutamaan dalam berbuat amal kebaikan di bulan tersebut. Pada bulan-bulan tersebut diwajibkan puasa sebulan penuh (Ramadan), dan mengeluarkan zakat di akhirnya, yakni menjelang Syawal. Kedua bulan tersebut adalah bulan yang istimewa dan mulia di sisi Allah.

PENGERTIAN DAN KEUTAMAAN RAMADAN
Ramadan Artinya bulan imtihan atau bulan ujian. Bulan Ramadan juga disebut BULAN PUASA karena pada bulan ini diwajibkan berpuasa sebulan penuh. Bulan Ramadan ialah bulan beribadah, bulan yang disebut dalam al-quran. Allah memilih bulan Ramadan dari bulan-bulan yang dua belas dan menjadikannya bulan yang utama. Allah memilih Ramadan untuk melimpahkan nikmat besar-Nya kepada para hambanya dengan menurunkan Al-quran.

Firman Allah SWT:
Artinya : “(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan sembilan permulaan. Al-quran sebagai petunjuk bagi manusia dan bermacam-macam keterangan yang merupakan petunjuk, antara yang benar dan yang batil.” (Al-Baqarah : 185)

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADAN
Bulan Ramadan adalah bulan yang memiliki kesucian dan keistimewaan yang banyak. Di antara keistimewaan- keistimewaan bulan Ramadan ialah :

1.    Bulan yang terpilih untuk melakukan ibadah puasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas nikmat-Nya. Firman Allah SWT:
Artinya : “Wahai orang-orang yang beriman telah difardhukan puasa atas kamu sebagai mana telah difardhukan atas umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan kamu (dengan perantaraan puasa itu) memperoleh taqwa.” (Al-Bakarah : 183)

2.    Bulan yang telah dipilih oleh Allah SWT diadakan suatu malan yang sangat tinggi nilainya, iaitu “Malam Lailatul Qadar”
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadan bulan yang penuh berkat. Allah elah menfardhukan atas kamu berpuasa didalamnya. Dibuka didalamnya segala pintu syurga, dikunci didalamnya segala pintu neraka, dan dibelenggu didalamnya segala syaitan. Didalamnya ada satu malan yang lebih baik dari seribu bulan (malam lailatul qadar). Barangsiapa tiada diberikan kebajikan malam itu, maka sesungguhnya tidak diberikan kebajikan kepadanya.” (Riwayat Ahmad, An Nasa’I dan Al Baihaqi dan Abu Hurairah)

3.    Bulan yang dipilih untuk sembahyang terawih di malamnya. Sembahyang terawih adalah sembahyang sunat yang hanya ada di bulan Ramadan. Sepanjang malam bulan Ramadan disunatkan mengerjakan sembahyang terawih secara berjemaah.

4.    Bulan yang dipilih untuk kita memperbanyakkan amal ibadah, seperti membaca al-quran, membanyakkan sedekah, sembahyang sunat dan sebagainya.

5.    Bulan yang berlakunya kemenangan dipihak Rasulullah SAW menawan Kota Makkah. Disaat itu berakhirlah penyembahan Berhala di sisi Kaabah dan Makkah menjadi suci sebagaimana yang Allah SWT kehendaki.

6.    Berlakunya Nuzul Al-quran pada 17 Ramadan yang disambut setiap tahun sebagai memperingati kesempurnaan al-quran. Diturunkan kepada Rasulullah SAW.

7.    Dipelihara daripada dosa.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sembahyang lima waktu, jumaat ke jumaat, Ramadan ke Ramadan menutupi dosa-dosa yang dilakukan diantara, asal sahaja dijauhi segala dosa besar.” (Riwayat Muslim dan Abu Hurairah)

8.    Dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka. Syaitan dibelenggu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Pada suatu hari, aku berada di sisi Uqbah bin Farqad sedang dia menceritakan tentang hal Ramadan, maka datanglah kepada kami seorang lelaki dari sahabat Rasul.

Setelah orang itu dilihat oleh Uqbah, dia pun merasa takut lalu berdiam diri. Maka orang itu menceritakan tentang hal Ramadan, katanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW berkata : “Didalam bulan Ramadan dikunci segala pintu neraka, dibuka segala pintu syurga dan dibelenggu segala syaitan.”

Berkata Nabi lagi, “Seorang Malaikat berseru, “Wahai segela orang yang menghendaki kebajikan bergembiralah kamu dan wahai orang yang menghentikan kejahatan tahanlah diri kamu. “Malaikat terus-menerus berseru, sehingga habis bulan Ramadan.” Riwayat Ahmad dan Nasa’i

9.    Mendapat perhatian, keutamaan dan ganjaran dari Allah SWT;
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Rasulullah SAW bersabda, Telah diberikan kepada umatku di bulan Ramadan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada seseorang nabi sebelumku :
·  Dipermulaan bulan Ramadan Allah melihat kepada umatku, barangsiapa Allah lihat kepadanya, nescaya tidak diazabnya selamanya.
·  Bau mulut mereka diwaktu petang hari lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi.
·  Para Malaikat memohon ampunan untuk mereka disetiap hari dan malam.
·  Allah menyuruh kepada syurganya serta berkata kepadanya, “Bersiaplah kamu dan berhiaslah kamu untuk hamba-hamba- Ku. Mereka hampir beristirehat dari kepayahan dunia, menuju ke negeri-Ku dan kemuliaan-Ku.
·  Pada akhir malam bulan Ramadan, Allah mengampuni semua dosa mereka. Seorang lelaki dari Sahabat bertanya : “Apa itu Lailatul Qadar ya Rasulullah?” nabi menjawab : “Apakah engkau tidak melihat kepada pekerja-pekerja yang bekerja. Apabila mereka telah selesai dari pekerjaan mereka, nescaya disempurnakanlah upah-upah mereka.” (Riwayat Ahmad, Al Bazzar, Al Baihaqi dari Jabir)
·  Sejarah berlakunya perang Badar Al Qubra. Kemenangan pihak Islam menjadi penentu sejarah kegemilangan Islam.

10. Sejarah berlakunya penaklukan Kota Makkah oleh Rasulullah dan tamatnya agama berhala. Bulan yang berlakunya kemenangan dipihak Rasulullah SAW menawan Kota Makkah. Disaat itu berakhirlah penyembahan berhala di sisi kaabah dan Makkah menjadi suci sebagaimana yang Allah SWT kehendaki.

11. Setiap solat terawih mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Bulan yang dipilih untuk solat terawih pada malamnya. Solat terawih adalah sembahyang sunat yang hanya ada di bulan Ramadan. Sepanjang malam di bulan Ramadan disunatkan mengerjakan solat terawih secara berjemaah.

12. Hanya di bulan ini dituntut sebanyak-banyak ibadah berbanding di bulan-bulan yang lain. Bulan yang dipilih untuk kita membanyakkan amal ibadah seperti membaca al quran, membanyakkan solat sunat dan sebagainya. Bulan ini segala doa dan apa-apa yang diminta insyallah dimakbulkan Tuhan.

13. Para syaitan dirantai atau dibelenggu moga dengan itu maksiat berkurangan.
14. Pada malam permulaan Ramadan nabi bersabda : “Pada permulaan malam Ramadan, para syaitan dan jin yang jahat dibelenggu serta pintu-pintu neraka dikunci, tidak ada satu pun yang terbuka. Pintu-pintu syurga dibuka dan tidak ada satu pun yang dikunci. Pada setiap malam ada yang memanggil : “Hai orang-orang yang mendambakan kebajikan menghadaplah, dan hai orang-orang yang mendambakan keburukan, menyingkirlah. Allah pada setiap malamnya akan membahaskan ramai orang dari neraka.”


0 comments :

Post a Comment